|
HELLO PEEPS! |
Erti Kehidupan . Friday, 5 April 2013 | 0 Magic (s)
ASSALAMUALAIKUM :D
Salam Jumaat kepada semuaa orang Islam :')
Entry harini Eila just nak share apa yang Eila paham dengan kata yang bersebut KEHIDUPAN :')
*Perempuan yang lemah dan hanya mampu mengukir senyuman palsu*
Semestinya kita semua tahukan , hidup ini tak seindah yang disangka dan tidak sekejam yang kita pikir tapi hidup ini penuh dengan dugaan dan kegembiraan.
Ada kala kitaa berada diatas . Kita hidup dengan penuh kemewahan , kebahagiaan dan kesenangan yang berlimpah limpah . Tapi tak mustahil dengan satu saat sahaja kita boleh berada dibawah. Hidup dengan penuh air mata. Miskin dan susahnya untuk dapatkan sesuap makanan.
Kehidupan ini tidak mengira umur , tua muda atau paras rupa seseorang itu. Sesudahnya awak dilahirkan diatas muka bumi Allah ini , maka bermulalah kisah 1001 hidup awak .
Ada yang sedih dan ada yang duka. Semua itu awak kena terima dengan hati yang tenang dan yakinlah Allah sentiasa ada bersama awak , sayang :')
Hidup ini umpama roda. Apabila kita berada diatas, janganlah kita cepat lupa pada yang Maha Pencipta dan apabila kita berada dibawah jangalah kita menyalahkan Dia . Ini semua takdir dan kita kena terima walaupun dengan pahit .
Mungkin harini awak lalui sesuatu yang sangat menyakitkan , Inshaallah suatu hari nanti awak akan lalui sesuatu yang sangat indah. Bersabarlah wahai hati hati yang lemah. Ini semua ujian yang Maha Esa kepada hamba hambanya yang disayangi :')
P/L : Muak atau geli dengar Eila bagi nasihat ? Kalau muak atau geli awak semua boleh comment sahaja :) Tak salah kalau kita saling nasihat menasihati kan ? Terima Kasih :')
|
Post a Comment