Little Magic Girl


HELLO PEEPS!


I'm Eilaa. 15 Years old. Skudai, Johor. Nice to read my diary.


Contens Of Diary

Anies Nazira - Sahabat :)
Tuesday, 3 December 2013 | 0 Magic (s)

Dalam ramai-ramai orang disekeliling kita akan ada seorang manusia yang paling kita rapat. Bila ada masalah , kita cari dia. Luahkan dekat dia. Bila tengah bahagia, kita cari dia juga. Raikan bersama dia. Lakukan sesuatu bersama. Pastinya dia lebih memahami kerenah kita. Dia adalah SAHABAT :')


Anies Nazira binti Mustaffa Kamal .

Dalam ramai-ramai kawan yang aku ada , dia seorang yang paling rapat dengan aku and dia bukan kawan biasa tapi dia kawan baik , kawan segila , kawan sekepala and dia sahabat :) Susah senang aku , dia sentiasa ada dekat sebelah. Susah senang dia , aku sentiasa ada dekat sisi. Kitorang saling melengkapi. Dia baik , dia cantik , dia pandai , dia tak sombong , dia gila-gila and dia punca aku gelak bagai nak rak dekat sekolah . Hahaha xD

Kitorang rapat sejak sekolah rendah lagi tapi masatu tkadalah rapat sangat. Jumpa just senyum and tegur gitu-gitu jeh. Naik form 1 , kitorang ditakdirkan duduk satu kelas and masatulah kitorang mula rapat gila-gila sampai harini and In Shaa Allah sampai syurga persahabatan kitorang :') Rehat sesama , dalam kelas duduk sesama , pergi tandas pun sama-sama and bila cuti kitorang lepak sama-sama dekat taman :) Dia tuh nampak jeh kecik tapi akal dia cerdik. Bila dia berseorangan , mulut dia memang silent jeh tapi bila dah jumpa dengan aku , hahahaha jangan ceritalah. Aku memang dah terkenal dengan gelagat gila-gila aku bergabung dengan gila-gila dia mana tak pecah perut ketawa . Hahaha xD

Tiga tahun sudah dia jadi sahabat aku. Tiga tahun juga kitorang dah lalui macam-macam detik bahagia , sedih , sakit perit and so on laaa. Dalam tiga tahun tuh ada dalam dua tiga kali jugaklah kitorang gaduh tapi tu masa form 1. Form 2 and 3 tak pernah gaduh :) Alhamdullilah. Aku bersyukur sangat-sangat. Kitorang pergi sekolah sama-sama, balik sekolah sama-sama, dekat sekolah duduk dalam kelas sama-sama, pergi tandas sama-sama, rehat sama-sama senang cerita semua benda nak sama-sama xD 

Dalam kelas kitorang memang letak satu hobi iaitu merapu. Hahaha. Mula-mula salah seorang akan cerita lepastu nanti sorang lagi menyambung tapi ceritanya mulalah merepek merapu. Haha. Kadang-kadang masuk bab dongeng. Tu yang gelak sampai nak pecah perut xD Sama juga bila kitorang dah start menyanyi. Lagunya mula-mula jeh cantik lama-kelamaan liriknya diubah lepastuh mulalah merepek. Nyanyi ikut sedap telinga. Hahaha xD Bila kitorang keluar kelas pergi tandas mesti sampai setengah jam. Lamakan ? Hahaha. 5 minit jeh pergi tandas selebihnya merayap pusing satu sekolah tengok crush. Hahaha xD

Ramai orang cakap "Jealous tengok kau dengan Anies. Korang punya friendship mesra jeh. Tkada gaduh-gaduh. Selalu bergurau and selalu share everything sesama.". Alhamdulillah aku bersyukur sebab Allah pertemukan aku dengan Anies :) Dia kawan yang paling baik dalam dunia ni even sometime dia annoying tapi dia yang paling awesome. Hahaha. Bergurau dengan dia memang kasar. Kitorang tkada gurau lembut-lembut. Kitorang bergurau memang main cubit-cibut, tendang-tendang and pukul-pukul. Hahaha. Acting crazy when I with her xD Btw apapun yang berlaku aku berharap, dia akan tetap jadi sahabat aku sampai syurga. Aminnn . Aku sayang dia :') Okay. Assalamualaikum.

Post a Comment